PAUSE HERE
......K E E G O A N itu suatu K E R U G I A N....pada I N S A N yang punya K E J U J U R A N....TAPI....andai itu P I L I H A N....TERSERAH pada K E T E T A P A N....dan K E M A H U A N....mu....KEJUJURAN ITU TIDAK SUSAH....CUMA TERSERAH PADA KEIKHLASAN YANG MUDAH......

Halaman

......J A N G A N masuk....T I A DA pintu....jendela pun B E R K U N C I....T I A DA yang ADA DI-SINI....M E N J A U H L A H......

24 Mei 2024

  Lelaki Itu (Berdarah Biru)

 

Di langit mendung.....halirlintar berdentum.....tetapi hujan kelewatan.....

Ada halangan diperjalanan mungkinnya.....atau sengaja membiarkan penantian ?????

Atau.....

Hujan lupa memilih simpang ke rumah Sang Penanti.....



Mata terasa malu untuk terus memandang ke sudut sana, disaat yang terlihat adalah jiwa seorang lelaki yang terlanjang tanpa seurat benang kehormatan.....rendahnya maruah lelaki itu sehingga sanggup menjual cebisan kain yang selama ini membaluti tubuhnya yang gersang demi suatu perhatian.....

Tiada malukah dihati lelaki itu yang sengaja cuba berdagang akan susuk tubuhnya yang hanya dibayangi tulang-tulang reput yang sudah tiada nilainya dimata perempuan yang kehausan ?????

Tiada malu ?????



Disaat seorang lelaki menjual murah kehormatannya, perempuan yang menghitung waktu berlalu, sudah tidak lagi mampu membeli nilainya.....harga yang murah sudah hilang nilai, sudah tidak lagi perlu dibeli.....

Biarkan sahaja lelaki itu kedinginan merangkul tubuh sendiri yang kehangatan.....



Lelaki itu berdarah biru.....warna langit sudah lama menjadi miliknya.....tetapi dia tidak betah memijak bumi, kerana awan yang berarak membawa hujan, menyusun rentak kelabu telah mencipta bah yang menghayutkan untaian tiara yang telah dijanjikan milik seorang permaisuri belaan.....



Melihat lelaki tanpa pakaian itu jalan beriringan, mata seorang perempuan tidak lagi malu untuk memandang.....kerana yang terlihat bukanlah tubuhnya yang terlanjang, tetapi yang terpamer adalah jiwanya yang bongkak ditemani hatinya yang berdarah hitam.....



Lelaki itu berdarah biru.....tetapi darah birunya menjadi hitam kerana kesuciannya telah menjadi bahan dagangan.....






0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.


.