......dua puluh dua haribulan nanti genap lima bulan pembedahan yang kedua......kaki ini sudah mampu berjalan seperti biasa......aku kelihatan sangat 'sihat' seolah tidak pernah sakit......
.......semua menyuarakan rasa lega melihat aku kembali......tapi mereka tidak tahu aku berusaha 'mengindahkan' badan untuk terlihat sihat berseri :) :)......aku sengaja makan sebelum lewat malam agar menjadi montel berisi......seluruh badan bagai apam yang kembang berinti :) :) :)......gemuk tembam, aku senyum sendiri :) :)......
.......kurus sentiasa dikahwinkan dengan sakit.......aku tak mahu kelihatan sakit.......
.......aku tak perlukan simpati sesiapa.......aku tak mahu ada yang tahu aku masih bertemankan kesakitan sepanjang masa......aku tak mahu anak-anak tahu aku menghitung masa......
.......bagi aku......waktu yang tersisa adalah untuk meratip senyum gembira......bukan untuk bertukar kisah duka.......
.......aku tanpa dia......
.......realiti cinta.......
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.